RUANGAN BERSEMBANG



MOTOR TERPAKAI

KAWASAKI VICTOR sIIz

RM450 (maaf,sudah dijual)

RM450 (maaf,sudah dijual)

RM2599 (maaf,baru saja di booking)

RM2599 (maaf,baru saja di booking)

HARGA TERENDAH RM100 (ambik kat balai bukit aman, kes langgar lari tokei kambing)

HARGA TERENDAH RM100 (ambik kat balai bukit aman, kes langgar lari tokei kambing)
MAAF, GAMBAR-GAMBAR MOTOR DI ATAS HANYA HIASAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA DENGAN ANDA MAHUPUN SAYA. TERIMA KASIH.

Friday, March 13, 2009


Mohd NoorAzlan Bin Abu Bakar adalah namaku. JKR ialah kerjaku. Aku kini menetap di Kampung Teluk Nibong, Jitra, Kedah. Aku kini menjawat sebagai Komandan BSMM Unit 4 Jitra. Walaupun badan aku sangat ringan tetapi sebaliknya tugasku sebagai Komandan amatlah berat. Bagi yang kurang mengenali siapa aku, korang boleh nampak di Pekan Jitra, jika terdapat penunggang motosikal kesatria baja hitam bewarna kuning tu..insya-allah mungkin aku ataupun orang lain. Tapi selalunya aku la. Haha. Kalau nak tau dengan lebih terperinci lagi, mai la ke Pejabat latihan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kubang Pasu. Setiap petang aku ada di sana. Second pejabat katakan (selain tempat kerja di JKR)...

KISAH SERAM BERTAJUK:- HANTU TANDAS


(Kisah ini dialami oleh rakan karibku... di sebuah sekolah berasrama penuh....) Tandas asrama blok B memang sudah terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah, tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita tersebut sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya, kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi, suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku lagi.............

Pada suatu malam, aku belajar seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study. Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok asrama terpadam.

"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.

Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas. Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.
Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi yang ganjil datangnya daripada orang tersebut. Aku mula berasa takut dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran darah!

Aku terkejut. Apa lagi, tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.

Mulai dari malam itu, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.

KISAH SERAM BERTAJUK:- HANTU TELEFON

Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia
takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab
biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang,
tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata
dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon
dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.

Wednesday, March 11, 2009

MESYUARAT BSMM UNIT 4 KUBANG PASU, JITRA
AKAN DIADAKAN PADA 15 MAC 2009

KEHADIRAN:- SEMUA AJK & AHLI UNIT 4